Frekuensi Proletar

Frekuensi Proletar KEBAHAGIAAN YANG TERUNGKAP DI SEBALIK KATA Sesiapa yang maklum tentang naskhah purba putera Siddharta pasti bingung terhadap dunia Dia akan bingung terhadap kehidupan Dia lantaran tercengang dengan pe

  • Title: Frekuensi Proletar
  • Author: Azhar Ibrahim Achmed Adam M. Farez Wani Ardy Isa Hamad Api Husien RumahAmok Panel Penerbitan Langit
  • ISBN: 9789671381304
  • Page: 392
  • Format: Paperback
  • KEBAHAGIAAN YANG TERUNGKAP DI SEBALIK KATA Sesiapa yang maklum tentang naskhah purba putera Siddharta pasti bingung terhadap dunia Dia akan bingung terhadap kehidupan Dia lantaran tercengang dengan perjalanan alam serta segala misteri di dalamnya Justeru, sekiranya dia mempunyai nilai romantis tinggi ditambah daya fikiran yang halus lagi peka maka dia pun sekonyong men KEBAHAGIAAN YANG TERUNGKAP DI SEBALIK KATA Sesiapa yang maklum tentang naskhah purba putera Siddharta pasti bingung terhadap dunia Dia akan bingung terhadap kehidupan Dia lantaran tercengang dengan perjalanan alam serta segala misteri di dalamnya Justeru, sekiranya dia mempunyai nilai romantis tinggi ditambah daya fikiran yang halus lagi peka maka dia pun sekonyong menjelma menjadi seorang perwira mistik, dan dengan tidak semena mena dia pun menghembus kata kata menjadi tajam umpama anak panah berbisa hingga akhirnya menembus dada para pendengar juga pembaca.Semenjak era Asas 50 lagi para sasterawan sasterawati tempatan asyik bertegang urat tentang apakah seni itu Untuk apakah ia Seni untuk masyarakat atau seni untuk hal hal kesenian itu sendiri Polemik ini berpanjangan dari zaman Keris Mas, Masuri S.N, Hamzah, sehinggalah zaman pascamoden ini di mana seorang Muhamad Daniel Haiqal Hazriq Aiman asyik masyuk menaip esemes cinta bersajak melankolia dengan teks trengkas untuk mengajak teman wanitanya menonton wayangkemudian bermalam bersama sebelum mengerang dek gejolak syahwat yang teramat dahsyat, hingga akhir sekali melepas nafas kelegaan maka badan pun terkujur layu di atas singgahsana, lesu dan pilu Ya, sewaktu peristiwa ini berlaku pun para seniman, orang sastera masih lagi berpolemik hal seni itu untuk apa sebenarnya Daniel Haiqal tadi pun berlanjutan termenung Mengenang nasib diri.Nasib cinta yang bersemi di hati Adakah cinta itu sebuah seni Menurut Rilke, Cinta itu terbina begini dua orang penyendiri yang kemudian berjumpa, saling melindungi dan menegur satu sama lain.Aku kenal sosok bernama Adam dan Azhar Namun aku tidak pernah tahu tentang diri mereka secara mendalam Sekadar berjumpa di pesta pesta sastera dan seni di ibukota, kami selalunya bertegur sapa Apabila aku diminta untuk menulis prakata, maka aku sedikit tersentak Adakah aku ini layak untuk bermadah pujangga bagi buku antologi pertama tidak termasukterbitan naskhah zine kedua dua anak muda ini yang bagiku punya gaya, pesona dan aura yang aneh sekali Kamu akan mendesah, ah, poyolah engkau Farez, gagal dalam percubaan merendah diri kerana kami sedar kau dalam diam diam menjustifikasi betapa tingginya nilai kecendekiawanan, kepujanggaan diri kau untuk dihebahkan kepada khalayak ramai Yin dalam Yang dan Yang memeluk Yin.Kau akan dapati ada dengungan lalat dan langau yang bising di kedua belah telinga, buku sajak adalah buku tak laku Frasa ini berdengung setiap waktu kau hendak menulis sesuatu Namun, kau tahu dan sedar setiap hari di dunia ini ada saja manusia yang dilimpahi ilham oleh yang Maha Halus kemudian mereka menukil beberapa kata indah yang syahdu, mengalirkan ke sungai khali lalu tersangkut di perdu jiwa paling tidak seorangkhalayaknya, orang asing yang terdengar terbaca terlihat di sebalik persembunyian, malu malu untuk berkenalan.Begitulah.Dan sajak pun saling bertaburan di atas kertas sebelum dijahit digam untuk dibukukan, mengulangi apa yang pernah dipersembah oleh para moyang kita dahulukala Maka lahirnya klise.Pak Latiff menulis, Jangan sangka bahawa yang klise itu datang hanya daripada karya orang lain Padahal tanpa kusedari selama ini, aku pun banyak menyumbangkan klise perulangan imej, gambar, kata, kalimat dengan gaya atau rentak tertentu Aku yang dimaksudkan oleh Pak Latiff itu adalah dia, tetapi merangkumi aku si penulis prakata, termasuk Adam dan Azhar penyajak yang teringin menjadi depani garda avantgarde danjuga kau si pembaca buku ini termasuklah tujuh bilion manusia lain di atas mukabumi ini yang cuba mengacah untuk meluah rasa seni, juga susastera.Kerana Sajak Sekadar Tempat Persembunyian Sementara , begitu ujar si Karl dalam mahakaryanya Sekumpulan Epitaf Surat Surat Yang Lewat, maka aku pun cuba untuk berseloroh namun sebenarnya menasihati si Adam yang aku diberitahu beberapa sajaknya di dalam buku ini berinspirasikan pengalaman sewaktu dia di dalam penjara selepas peristiwa serbuan polis di Rumah Api, Ampang beberapa bulan nan lalu.Begini Sekiranya anda, para penyair muda, bohemia yang ikhlas untuk berbakti, berbudi dan hidup bebas untuk berekspresi, kemudian diugut, ditangkap dan dimalukan, maka alangkah teruk dah hodohnya rupa para kuasawan yang cuba menghalang usaha usaha murni demikian Sajak sajak Azhar dan Adam di dalam buku ini, banyak bernada romantis namun dalamnya juga ada nada kritis Mereka pengikut stoisisme dalam kehidupan yang penuh banal Seperti Yin dan Yang tadi, mereka juga terhubung kait Ada nuansa yang terselindung cuba menonjol unik, eka dalam aneka, namun ada penyatu yang saling mengikat sesama mereka Mereka pencinta wanita, ibu, kedamaian, sejagat namun mereka juga vipembenci hipokrit, diktator, aparat, skeptik.Seperti dari sebuah sajak Azhar yang bertajuk Iqra , maka aku pun menekan akan dikau yang sedang memegang buku ini, bacalah Bacalah buku ini Supaya dengan membaca kau juga berupaya menjadi siddharta Siddharta bermaksud manusia yang telah menemukan maknakehidupan Berasal dari kata Sanskrit, ia adalah gabungan katasiddha yang bermaksud berjaya dan artha yakni apa yang dicari M Farez Penulis, Penyair, Pelukis Pengarah Urusan Kaukab MENJADI PENULIS ADALAH SATU SUMPAHAN Jika manusia biasa dikurniakan dengan lima jenis deria asas, saya mengesyaki penulis dipinjamkan dengan barangkali lima puluh jenis deria.Penulis.Satu kelompok manusia yang tiada daya nyahpeduli terhadap segala sesuatu, baik kecil atau besar, ketara atau tersembunyi, nyata atau separa fantasi a indah sebalik ceracak pepohon simen,terutama di tepian lantai batu,bersempadankan denai gila AKU KUALA LUMPUR DI SUATU HUJUNG MINGGU Azhar Ibrahim Menjadi penulis saja sudah satu sumpahan, apa kiranya pula penulis puisi Penulis puisi bukan sekadar memiliki lima puluh jenis deria, malah tiap satu daripada deria itu berfungsi dengan keupayaan prihatin yang paling tinggi.Sebagai contoh, jika deria penglihatan, keupayaan penglihatannya adalah yang terpaling tajam Malah mampu menembusi lahiriah umpama mutan hayalampu yang mengalih warna janggutku sehingga hujungnya perang dingin yang terlalu inginmelihat sum sumku membeku jan memetik tangkai doadi lereng ubun ubunkuhingga basah masuk ke dalam mata TANGKAI DOA DI LERENG UBUN UBUNKU Achmed Adam Tatkala membaca karangan Achmed Adam yang begitu deskriptif, saya memuatkan diri saya dalam puisi beliau dan saya langsung terbayang di tangan saya sebuah kanta pembesar Gambaran beliau yang amat terperinci membuatkan saya terfikir, apa jenis mata yang beliau ada dalam kepala Ketika embun baru sahaja usai menitis,ketika dingin hawa mulai mencengkamhujung jemari kaki,ketika itulah bangkitnya kau dari empuk tilam,menjengah sang suami kira kira perlu kemasdiselimuti, menjengah anak kira kira ada nyamuk perlu ditepuk mati,menjengah dapur kira kira ada rezeki untukdibikin sarapan nanti SEGALANYA, IBU Azhar Ibrahim Saya sangat senang bagaimana Azhar Ibrahim mengangkat bundanya melalui satu momen pagi, dan bukan rangkuman ribuan momen sepanjang hidup Walhal boleh saja seperti kebanyakan puisi puisi keibuan yang lain, beliau bercerita tentang pengorbanan si bunda yang melahirkan, membesarkan, dan seterus terusnya Namun tidak, beliau memetik satu momen dalam satu hari, iaitu pagi, dan seperca pagi itu dikirai kirai dengan penuh teliti dan perhati Kautahu, emak matari di tempatku bingung.Ke mana lagi harus ditumbangkan bayangnyakalau bukan lagi pada uban di kepalamu Tulisan tulisan yang tidak kau fahamtelah menghitamkan rambutmu yang putih.Kautahu, emak matari di tempatku tumbang.Bola matanya tertancap pada mata kelabumu,yang tak mampu lagi menjahit kain percauntuk dibuat alas meja dan penutup mesinjahitmu KAUTAHU, EMAK Achmed Adam Sebagaimana puisi percintaan, puisi keibuan merupakan antara baka puisi yang lazim sekali Cabaran puisi yang lazim sebegini adalah, bagaimana penulis hendak menggubahnya dan mencanainya agar tidak menjadi sekadar satu lagi puisi percintaan keibuan Ini boleh saja disahut baik oleh penulis yang kenal soal sudut pandang sebagai kuncinya Sudut pandang mampu menjadi satu alat yang cukup berkesan jika kesemua deria dihidupkan Achmed Adam memilih zahir bundanya seperti uban, kepala, rambut, dan mata untuk dijadikan kenderaan yang menyampaikan isi sebenar puisi Perbezaan yang nyata di antara Azhar Ibrahim dan Achmed Adam saya kira adalah satu kekuatan Frekuensi Proletar Walaupun mereka berdua terbukti penulis puisi yang sungguh menggunakan deria mereka sehabis mungkin, tetapi mereka masih berlainan dari segi gaya bahasa, perbendaharaan kata, struktur ayat, tumpu subjek, dah ruh am Azhar Ibrahim misalannya, seorang kekasih Perkataan cinta disebut sebanyak 18 kali dan perkataan hati ditulis sebanyak 35 kalidalam 50 buah puisi coretan beliau Manakala dalam 49 buah puisi nukilan Achmed Adam, perkataan cinta 0 dan perkataan hati 9 Bagi saya, ini adalah kontradiksi yang harus diraikan Tentulah nombor nombor ini tidak memaktubkan apa apa yang pasti, namun sedang kita membincangkan hal penulisan kreatif yang pada umum adalah remeh dan subjektif , sekali sekala menarik juga apabila kita bermain matematik dan mencari formula , terutama dalam mengkaji sifat kepengarangan seseorang penulis Berbanding Azhar Ibrahim yang menyelami perasaan dan emosi, Achmed Adam sepertinyamendalami ruang dan masa Perkataan waktu digunakan sebanyak 20 kali dan ini tidak termasuk perkataan matari matahari 11 ruang serta perkataan malam 11 masa Sekali lagi, ini cuma pemerhatian lapisan pertama Relevan untuk ditimbangkira sebagai sebahagian kecil daripada sebuah analisa yang mengada ngada.Ah, menjadi penulis adalah satu sumpahan.Kebarangkalian besar waktu menguli karya, dua orang penulis puisi ini tidak sepenuh sedar pun akan perkataan perkataan yang mereka gunakan dan seberapa kerap perkataan perkataan tersebut ditaipkan Puisi sememangnya dimensi yang berupaya memisahkan diri penulis dengan alam hakiki Bahasa sekadar jambatan Perkataan perkataan tadi sekadar kenderaan yangmembawa cerita dan rasa dari deria deria penulis yang peka ke hati hati pembaca yang menerima Saya salah seorang kecil yang menikmati keindahan ini Frekuensi Proletar adalah hasil sumpahan yang saya harap tiada ubatnya Wani Ardy Penulis, Pemuisi, Pemuzik, Pembimbing Penggerak Pasar Buku Boco

    One thought on “Frekuensi Proletar”

    1. Sebelum saya mulakan review ini, saya rasa patut berkongsi pandangan saya tentang buku puisi. Kebiasaannya, kita akan lebih senang membaca buku puisi seseorang jika; 1. Kita menyukai penulis tersebut 2. Kita menyukai writing style-nyaDengan itu, saya ingin tegaskan bahawa what may be fantastic to me, may not be to you. And vice versa.Frekuensi Proletar (Langit) adalah kompilasi puisi dua penulis, Achmed Adam dan Azhar Ibrahim.1. Kulit dan "feel" buku Jujur, saya lebih terpikat dengan gambar yang [...]

    2. Frekuensi Proletar merupakan sebuah himpunan puisi yang ditulis oleh dua sahabat yang memiliki perwatakan berbeza. Perbezaan ini dapat dilihat melalui cara mereka menulis puisi. Gabungan perasaan dan pemerhatian merupakan kekuatan buku ini.

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *