Busana Nana

Busana Nana bahagia itu di suatu tempat yang tersembunyihanya empunya diri boleh merasainyaLubna atau Nana gadis itu tidak pernah tahu menjahit pun sebelum ini Kalau ada pun hanya pengalaman menjahit sarung kus

  • Title: Busana Nana
  • Author: Saidatul Saffaa
  • ISBN: 9789670508405
  • Page: 159
  • Format: Paperback
  • bahagia itu, di suatu tempat yang tersembunyihanya empunya diri boleh merasainyaLubna atau Nana, gadis itu tidak pernah tahu menjahit pun sebelum ini Kalau ada pun hanya pengalaman menjahit sarung kusyen yang senget menget waktu di sekolah dulu Di kedai sepupunya, Zatil itulah dia belajar dan belajar menjahit baju.Di situ, Nana kenal dengan AMD singkatan kepada Anak Makbahagia itu, di suatu tempat yang tersembunyihanya empunya diri boleh merasainyaLubna atau Nana, gadis itu tidak pernah tahu menjahit pun sebelum ini Kalau ada pun hanya pengalaman menjahit sarung kusyen yang senget menget waktu di sekolah dulu Di kedai sepupunya, Zatil itulah dia belajar dan belajar menjahit baju.Di situ, Nana kenal dengan AMD singkatan kepada Anak Mak Datin yang diberikan oleh Huda, kawan baiknya Huda pernah mengusiknya dengan Si AMD itu, namun jawapannya Tak nak aku orang kaya Nanti aku jugak yang susah Lorh apa yang susah Cuci kaki je Semua benda dah siap Bukan masalah tu Dah tu Anak orang kaya ni, cara hidup dia orang pelik Dari situ juga Nana mencantum cebis cebis impian bersama insan tersayang Berjayakah dia menggapai impian saat diri teruji hingga dia rebah Ketika itu dia sedar, kebergantungan hidup itu hanya layak untuk Allah Bukan pada manusia SAIDATUL SAFFAA kembali lagi, kali ini dengan kisah yang lebih santai namun tetap penuh pengisian Busana Nana membawa pembaca menyelami kisah si doktor kain mencari bahagia melalui jalan Nya.

    One thought on “Busana Nana”

    1. apabila membaca novel keluaran jemari seni (90% buku yang dibaca) tak pernah rasa "kosong"akan ada seseuatu yang dapat kita "kutip"l busana nana ini mengisahkan Lubna (nana)pemegang ijazah sarjana muda perakaunan yang berkerja di kedai jahit sepupunya zatil (setelah 91 hari menganggur).Nana yang seumur hidupnya hanya ada pengalaman menjahit sarung kusyen yang senget-senget waktu disekolah dulu gigih berusaha belajar menjahit. Di kedai jahit, Nana kenal Datin mah dan anak nya syahmin (yang digela [...]

    2. Ermmmcam mana nak cakap ye?Daripada tajuknya kita dah agak yang buku ni mesti berkaitan dengan baju dan watak utamanya bernama Nana.Nana tidak pandai menjahit pun. Pengalamannya menjahit cuma jahit sarung kusyen masa zaman sekolah dulutu pun senget menget jahitannya. Tapi, selepas 91 hari masih lagi menanam anggur tanpa mengeluarkan buah, Nana bersetuju untuk menolong sepupunya Zatil di kedai jahit miliknya.Di sinilah kisah Nana bermula. Nana yang tidak tahu menjahit, yang sangat takut buat sala [...]

    3. Saidatul Saffaa tidak pernah mengecewakan saya!Busana Nana, kisah yang agak santai berbanding dengan 2 naskhah penulis yang sebelum ini. Namun ada 'isi' yang sangat menarik untuk saya 'fikir' dan 'hadam'.

    4. Naskah untuk dilepaskan; RM13.00. Pm je. Banyak yg lebih mengenai naskah ini. Tepat sekali review yg menyamakannya dengan Majalah Solusi. Penuh pengisian.(for me) apakan daya, mataku (yg terlatih kononnya) tertangkap juga ke'kurang'an BUSANA NANA. Mainan rasa Nana seakan diabaikan, perkembangan dan garapan watak Nana agak longgar. Gelodak jiwa Nana terutamanya ketika Yunus kemalangan, koma dan hilang ingatan tidak sampai ke dasarnya. Agak goyah olahannya.Begitu juga dengan Syahmin. Wataknya seol [...]

    5. Sesuai untuk bacaan santai. Ulasan? Bleh baca dari kawan-kawan yang lain. *mode: tak punya banyak masa nak berfikir dan mengulas lebih panjang

    6. A good book that leave with mixed feelings. Love it even from the start - the demise of Nana's dad, her transformation, her determination to learn, her hard-work, her feeling towards Min & Yunus and many more There's so many lessons learned! Highly recomended!

    7. I loved this novel. This is her 1st novel that I've read. She got another novel before, tapi belum baca.Penuh pengisian dan RASA yang tersembunyi. Banyak yang boleh dipelajari & juga ilmu untuk renungan ita bersama.

    8. Santai: dari segi penulisan dan penceritaan, takde jauh sangat dari landasan novel-novel cinta 'fofular' - i.e ada jugak elemen-elemen yang sama, tapi memang tak sama - e.g takde watak-watak klise yang biasa aku baca dan terbaca (heheh); yang lebih utama usaha gigih penulis meyampaikan tazkirah, semoga dibalas selayaknya. Cuma rasanya macam tertinggal kisah 'evolusi' si hero yang menjadikan dia tak berapa nampak macam hero tapi watak sampingan yang dinaiktaraf (imho-lah)Padat: dari segi ilmu dan [...]

    9. Comey je cerita tentang Nana sebagai tukang jahit ni. Terselit banyak unsur keagamaan juga dalam novel ni.

    10. buku ini bukan saya yang beli. tidaklah saya teruja untuk membacanya. menariknya apabila dikisahkan tentang baju. menjahit baju. sungguh saya suka baju dan menjahit. kalau boleh ingin jadi mcm nana dapat kerja di kedai jahit. namun, bila nana ingin memartabatkan baju kurung yang cuba disampaikan oleh penulis. saya jadi terus igt pada Manikam Kalbu dan saya tidak dapat tidak membandingkan antara dua buku ini. bagi saya penyampaian manikam kalbu lebih baik tentang penceritaan tentang menjahit, baj [...]

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *