Rindu Aroma Padi Bunting

Rindu Aroma Padi Bunting Rindu Aroma Padi Bunting lanjutan kisah novel Sukma Angin DBP yang mengisahkan keluarga keturunan Raja Zainon di Malaya dan keturunan Inna Karaeng Sunggu di Makasar yang mempunyai pertalian dar

  • Title: Rindu Aroma Padi Bunting
  • Author: Arena Wati
  • ISBN: 9789834606312
  • Page: 365
  • Format: Paperback
  • Rindu Aroma Padi Bunting, lanjutan kisah novel Sukma Angin DBP, 1999 yang mengisahkan keluarga keturunan Raja Zainon di Malaya dan keturunan Inna Karaeng Sunggu di Makasar yang mempunyai pertalian darah dan persemendaan, yang terpaksa berpisah kerana Perang Dunia Kedua dan juga terlibat dalam peristiwa sejarah Nusantara, iaitu perjuangan melawan kolonial, hingga membawaRindu Aroma Padi Bunting, lanjutan kisah novel Sukma Angin DBP, 1999 yang mengisahkan keluarga keturunan Raja Zainon di Malaya dan keturunan Inna Karaeng Sunggu di Makasar yang mempunyai pertalian darah dan persemendaan, yang terpaksa berpisah kerana Perang Dunia Kedua dan juga terlibat dalam peristiwa sejarah Nusantara, iaitu perjuangan melawan kolonial, hingga membawa kepada kemerdekaan Indonesia 1945 dan Malaya 1957 Walaupun sebahagian daripada mereka terpaksa merantau sehingga ke Amerika Syarikat, namun jauh di sudut hati mereka, terimbau nostalgia kampung halaman dan rindu kepada aroma padi bunting di tanah air.Buah tangan terakhir SN Arena Wati ini tetap memperlihatkan kemahiran Arena Wati mengolah naratif yang berat tetapi menarik, yang bergerak dalam latar belakang politik, ekonomi, dan sosial, di samping agama, adat resam dan romantisisme bangsa Melayu Walaupun ia hanya ideo teoris , iaitu menggunakan naratif untuk meluahkan idea idea besar bukan kenyataan sebenar , ia dapat dijadikan sebagai panduan untuk menjadikan Melayu sebagai bangsa yang besar di dunia Pengakhiran kisah ini terdapat dalam Pada Sayap Burung Helang DBP, 2010 , yang menjadi kemuncak dan penutup dalam Trilogi Bara baraya.

    One thought on “Rindu Aroma Padi Bunting”

    1. Rindu Aroma Padi Bunting (RAPB) karya terakhir Sasterawan Negara (SN) Ke-5, Arena Wati, tidak mudah dikunyah kerana ia membaurkan penyatuan dua keturunan Makasar di Tanah Melayu dan Sulawesi. Novel saga yang mengambil latar sejarah Perang Dunia Kedua serta perjuangan kemerdekaan Indonesia dan Malaysia, bergerak dengan perkahwinan penuh adat-istiadat antara Mayang Cilallang Daeng Bulaeng dari keturunan Inna Karaeng Sunggu di Makasar dengan Raja Nasrun yang juga dari jurai keturunan sama, tetapi [...]

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *