Bidadari Burung

Bidadari Burung S M Zakir penerima ke Anugerah Penulisan S E A pada terlibat dalam dunia penulisan secara serius sejak Beliau telah menghasilkan beratus cerpen dan esei serta puluhan puisi Daripada sek

  • Title: Bidadari Burung
  • Author: S.M. Zakir
  • ISBN: 9789830689548
  • Page: 146
  • Format: Paperback
  • S.M Zakir, penerima ke 33 Anugerah Penulisan S.E.A pada 2011, terlibat dalam dunia penulisan secara serius sejak 1990 Beliau telah menghasilkan beratus cerpen dan esei serta puluhan puisi Daripada sekian banyak genre itu, cerpen menjadi ikon pengkaryaan beliau Persoalan yang disentuhnya tidak hanya berlegar dalam lingkungan setempat, tetapi melampaui sempadan antarabangS.M Zakir, penerima ke 33 Anugerah Penulisan S.E.A pada 2011, terlibat dalam dunia penulisan secara serius sejak 1990 Beliau telah menghasilkan beratus cerpen dan esei serta puluhan puisi Daripada sekian banyak genre itu, cerpen menjadi ikon pengkaryaan beliau Persoalan yang disentuhnya tidak hanya berlegar dalam lingkungan setempat, tetapi melampaui sempadan antarabangsa, menerokai dunia falsafah dan sufisme, serta memberikan pencerahan terhadap isu politik antarabangsa yang kompleks.Datuk Haji Termuzi bin Haji Abdul Aziz Mantan Ketua Pengarah DBP

    One thought on “Bidadari Burung”

    1. Membaca kumpulan cerpen ini, boleh melupakan saya tentang S.M. Zakir yang dikenali. Walaupun wacana yang digaul di dalamnya sarat (dan adakalanya sendat), ia boleh dikunyah kerana sesekali ada jenaka yang menjadi perencah (yang adakalanya juga hanya difahami oleh kaum laki-laki!).Cerpen S.M. Zakir sebenarnya mengingatkan kita tentang nilai dan sejarah pada bangsa Melayu dan bahasa Melayu yang sering disepak terajangkan atas nama kebebasan dan persamaan hak (yang tempang sebenarnya) oleh kaum mod [...]

    2. Aku mula-mula kenal SM Zakir melalui antologi cerpen Merengkuh Langit. Aku rasa Merengkuh Langit superb. Selain cerita-cerita dia yang best, banyak perkataan-perkataan baru yang best jugak aku jumpa dalam tu: berpilin, noumena, entah apa lagi. Belakang siap ada glosari nak menerangkan makna perkataan-perkataan tu semua. Sejak dari situ, aku kalau boleh baca semua karya SM Zakir, kreatif dan non-kreatif. Memang tak mengecewakan. Tapi sejak Ahli Politik, aku tak tau kalau aku je rasa, tak berapa b [...]

    3. Hanya beberapa cerpen yang menarik bagi saya. Salah satu adalah bidadari burung yang mempersoalkan ketidaksempurnaan liberal. Walaupun saya kurang meminati gaya bahasa beliau namun cerpen beliau mempunyai makna yang mendalam.

    4. Bidadari Burung adalah cerpen terakhir bagi kumpulan cerpen ini. Tajuk cerpennya indah, tapi, ia sebenarnya sarat dengan ancaman masa depan masyarakat seandainya kontang ma'na diri.Bacalah.

    5. Ada perantaraan pengalaman bila membaca novel ini dari halaman ke halaman. Antara senang dan hilang rasa hormat. Saya suka bila sesuatu tulisan itu mampu memberi atau meraikan ilmu buat pembacanya. Bidadari Burung memberi manafaat tertentu melalui berapa naskah di dalamnya. Saya terasa seronok melihat nota sejarah juga kisah mitos dicampurgaul menjadi diegesis yang berperspektif. Saya gembira melihat kisah bidadari bersayap emas, yang kita familiar akan isinya, bersusun dan berselisih dengan kew [...]

    6. Setiap kali dibawa menjengah ke daerah surreal, keterujaannya tetap sama seperti kali pertama. Kumpulan cerpen ini sering membuatkan aku mahu percaya akan sesuatu yang letaknya di luar garisan realiti bukan kerana aku bosan dengan rutin tetapi keunikannya itu sukar dinafi. Metaforanya bersahaja walau ada yang tak mampu aku tafsir namun nikmatnya tetap terasa.Ketika membaca cerpen Panggil Namaku Izrail, aku benar-benar berada di dalam perut komuter menuju destinasi yang lebih jauh daripada selalu [...]

    7. Kumpulan cerpen yang menyuntik falsafah kehidupan dalam era moden berkesinambungan daripada falsafah-falsafah dunia sejak dahulu sehingga kini.

    8. Kata Hasya, "jika kita dapat membawa dan mengabadikannya di tingkat yang tertinggi. Cinta. Kita akan dapat merasakan Tuhan itu dekat. Amat dekat dan amat berkuasa."

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *