Bagaimana Saya Menulis : Proses Penciptaan Cerpen

Bagaimana Saya Menulis Proses Penciptaan Cerpen Buku Bagaimana Saya Menulis Proses Penciptaan Cerpen menelusuri pengalaman penulis karya kreatif dalam menghasilkan karya mereka Menerusi sebuah cerpen terpilih yang dijadikan paksi perbincangan s

  • Title: Bagaimana Saya Menulis : Proses Penciptaan Cerpen
  • Author: Mawar Safei Nisah Haji Haron
  • ISBN: 9789834606626
  • Page: 346
  • Format: Paperback
  • Buku Bagaimana Saya Menulis Proses Penciptaan Cerpen menelusuri pengalaman 17 penulis karya kreatif dalam menghasilkan karya mereka Menerusi sebuah cerpen terpilih yang dijadikan paksi perbincangan, setiap penulis menghuraikan tentang proses kreatif mereka terutama dari segi latar, pengalaman peribadi, pelukisan watak dan perwatakan hingga memungkinkan cerpen mereka dBuku Bagaimana Saya Menulis Proses Penciptaan Cerpen menelusuri pengalaman 17 penulis karya kreatif dalam menghasilkan karya mereka Menerusi sebuah cerpen terpilih yang dijadikan paksi perbincangan, setiap penulis menghuraikan tentang proses kreatif mereka terutama dari segi latar, pengalaman peribadi, pelukisan watak dan perwatakan hingga memungkinkan cerpen mereka dihasilkan dan menjadi sebuah karya yang bermakna Buku ini memperlihatkan kepada khalayak bahawa penulis dengan karya karya mereka mempunyai hubungan yang sangat erat, sekali gus boleh menjadi panduan dan rujukan kepada khalayak mendapatkan gambaran jelas tentang bagaimana proses kreatif seseorang penulis berlangsung KANDUNGANPengenalan 1 Aminah Mokhtar Ya Allah Dia Menangis Proses Kreatif Ya Allah Dia Menangis 2 Faisal Tehrani Perlak Emak Perlak Emak Sebuah Kisah Kreativiti Taman Melayu 3 Jais Sahok Jiji Moga moga Kau Mendengar Proses Kreatif Penghasilan Cerpen Jiji Moga moga Kau Mendengar 4 Kamariah Kamaruddin Tentang Hijab Bagaimana Hijab Terhasil 5 Maskiah Masrom Nyanyi Sunyi Proses Kreatif Cerpen Nyanyi Sunyi 6 Mawar Safei Dia dari Penjuru Tahun Lalu Proses Kreatif Dia dari Penjuru Tahun Lalu 7 Mohd Nazmi Yaakub Selirat Derita Pun Terurai Proses Kreatif Selirat Derita Pun Terurai 8 Muhd Nasruddin Dasuki Kelekatu Bersayap Ungu Proses Kreatif Kelekatu Bersayap Ungu 9 Nisah Haji Haron Pusaka Cendana Ilham dan Cetusan Menulis Pusaka Cendana 10 Rahimidin Zahari Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih Proses Kreatif Pak Da Megat Wan Setapa Mek Mah Tuk Bagih 11 S.M Zakir Cerita untuk Teman teman Menulis Adalah Permainan Silap Mata 12 Saharil Hasrin Sanin Air Mata Orang Kaya Penulis Adalah Penipu Proses Penciptaan Cerpen Air Mata Orang Kaya 13 Salina Ibrahim Imam Imam Suatu Terapi Diri 14 Samsiah Mohd Nor Lazuardi Proses Kreatif Lazuardi Kolaborasi Catatan Tiga Pengalaman15 Siti Jasmina IbrahimKelirBagaimana Saya Menulis Proses Cerpen Kelir 16 Siti Raihani Mohd SaaidSeniman RajemeeProses Kreatif Seniman Rajemee 17 ZaidAkhtarPendedahan Pendedahan antara Intertekstual dengan Isu Semasa Menyorot Satu Lagi Sisi Hang Tuah Biodata Penulis

    One thought on “Bagaimana Saya Menulis : Proses Penciptaan Cerpen”

    1. Buku ini memang saya niatkan untuk belajar menulis cerpen sebagai permulaan untuk saya menulis. Saya kira pelaburan saya berbaloi-baloi memandangkan buku ini sangat-sangat membantu. Menelusuri cerpen dan proses kreatif dari 17 pengarang, saya membuat perbandingan sedikit sebanyak tentang gaya penulisan dan proses kreatif mereka. Mengembara, bergaul dengan masyarakat, pemerhatian, imaginasi, kajian dll sangat-sangat diperlukan dalam proses menghasilkan sebuah cerpen yang bermutu. Kebanyakan penga [...]

    2. Pengalaman membaca yang menyeronokkan. 17 cerpen dan perkongsian pengalaman kreatif oleh penulisnya. Buku ini mesti dimiliki. Boleh dijadikan sebagai pengenalamn kepada karya-karya penulis terkenal tanahair.

    3. Dalam banyak hal, seseorang penulis itu sangat berahsia terutama sekali dengan perkara berkaitan proses kreatif. Perkara ini akan berkecuali sekiranya menyertai bengkel yang dikendalikan oleh penulis berkenaan mahupun memintanya berbicara secara peribadi.Buku ini umpama 'membuka pekung di dada penulis'. Erkkai ke saya kata macam tu?

    4. Saya beli buku ini secara dalam talian, maka saya tidak tahu bagaimana bentuk isi kandungan buku ini. Saya bayangkan buku ini menunjukkan cara terperinci bagaimana menghasilkan sebuah cerpen secara langkah demi langkah. Sangkaan saya meleset. Ternyata buku ini lebih daripada apa yang saya sangkakan. Ia merupakan kompilasi cerpen-cerpen daripada penulis-penulis yang berbeza dan kemudian penulis-penulis tersebut menceritakan bagaimana mereka mendapat ilham untuk mengarang, teknik-teknik penulisan [...]

    5. Buku yang menghimpunkan penulis-penulis mapan yang turut berkongsi proses kreatif mereka dalam menghasilkan sesuatu cerpen. Sesuatu cerpen pasti ada cerita tersendiri disebalik apa yang dikisahkan penulis sama ada perkongsian pengalaman, ilmu mahupun imaginasi yang digarap dalam suatu sudut dimensi kreatif.

    6. Secara peribadi, dunia penulis penuh warna-warni. Sungguh! saya sangat kagum dengan mereka. Segala-galanya serba memberi ilham. Pengalaman, ilmu bantu dan imaginasi- terhasil apa sahaja genre yang mereka tukangi. Segalanya serba menjadi dan kita sebagai pembaca menikmatinya dengan penuh keinsafan sambil berfikir dan merenung santapan jiwa dan minda.

    7. Buku ini menambah yakin saya bahawa penulis bukan menulis secara 'main-main'. Penulis boleh menjadi pendakwah kepada kebaikan, pencegah kepada kemungkaran. Mereka buat 'homework' untuk menulis.Menulis bukan kerja mudah. Para penulis yang menyumbangkan perkongsian cerpen dan bagaimana mereka menghasilkannya, sememangnya mereka yang punya wawasan dalam menulis. Bukan sekadar hobi.

    8. idea buku tentang proses kreatif yang sangat menarik. ada cerpen dan ada proses kreatif.tunggu BSM 2 pula :)

    Leave a Reply

    Your email address will not be published. Required fields are marked *